Gunung Tahan | 2187m | Tak Tertahan

This is gonna be a part one.

Assalamualaikum and Hai guys! YaAllah looong time no see. sumpah macam lama gila tinggal zaman blogging ni. Niat tiap hari nak update blog, tapi tulah pasal, niat jurr.

Okay so for the first time after a long time, nah la belanja satu post. So, I would love to share my personal experience masa hiking, sebab ramai kawan kawan tak suka dengar. so ya. Untuk Gunung Tahan, this is my second G7. Tak tahu apa tu G7, mohon google la ya anak anak. Mak not have so many times la nak terangkan, tired already. hahah

First G7 aku naik, Gunung Yong Yap(YY) dekat Kelantan. YaAllah itu pun aku tak update blog lagi. Dah janji tapi tak tunai lagi. haih. Biasa la MELAYU kan?

Untuk Tahan, aku pergi dengan geng YY, kiteorang bersembilan (Aku, Yanna, Fatah, Wan, Napi, Fitri, Bang Don, Bang Is, Cek) dan pergi 4hari 3malam, ni memang normal tak compress. Pejabat perhilitan pun memang terima trip 4hari dan keatas sahaja.

Dari depan : Wan, Fitri, Cek (baju biru), Bang Is (spec), Napi (topi), Bang Don (baju hitam), Fatah (baju merah), Yanna dan aku

Preparation? hahahah masa tu puasa, last week puasa je aku beria jogging, lepas tu off. Lepas tu dah raya, try sehabis baik tak banyak minum ais makan lemang apa semua. Dapat la kawal walaupunnnnnnnnnnn. Barang-barang semua beli last minute. sumpah last minute. Seluar, baju, emergency blanket. Sebab Tahan kot, kemon.

Pada hari kejadian, JUMAAT 21/7/2019 , malam tu aku dari TBS dengan Yanna (one of kawan dari geng YY), kiteorang gerak dengan van yang disewakan untuk trip tu. dalam 12 orang satu van. So dari TBS terus ke Masjid Merapoh, Pahang. Semua berkumpul dekat masjid tu. Alhamdulillah selamat sampai dalam masa 5-6jam perjalanan je. dan best sebab dapat tidur, selalunya aku takkan tidur kalau orang sebelah tengah drive, aku faham perasaan drive sorang sorang dan mengantuk tu macam mana.

SABTU 22/7/2019 Dah sampai masjid merapoh, subuh, bersihkan badan bersihkan apa yang patut dan siap sarapan, kiteorang yang berkumpul tu semua bergerak ke Pejabat Perhilitan Sg Relau, untuk declaration session dan taklimat.

Declaration




Taklimat pun nyempat

Weh sumpah eh declaration dia tak nak sekejap pula. Ada 42orang line up termasuk crew. so kau rasa macam mana nak bersabar untuk tunggu giliran? so sabar je la berpeluh peluh aku kat situ. Renyah jugak la nak declare barang ni, sebab kau kena kira satu persatu berapa plastik kau bawa, berapa baju kau, yang dalam dalam pun kira. ahhhhhhh remeh. ahahhaah tapi diri sendiri kan yang nak, ha kau mendapat.



Settle declaration. Masa untuk pack balik la apa lagi, tak kan tidur situ pulak. aku rasa trip tahan ni paling azab rasanya aku bawak load. dekat 12-15kg ke lebih? okay. first aku kena bawak ration company (barang makanan yang semua line up kena bawa untuk makan kat atas) ni dibahagi sama rata, maybe 2kg/lineup. Second, aku terlalu bijak nak jadi acik kantin lah konon (dah sampai aku tak buat kerja pun sebab aku je yang tahu kenapa, kang cakap lelebih orang benci) so tambah lagi ration. Kena angkut sayur, cili, cili boh, bawang, paling azab aku kena bawak tah berapa kilo punya plastik yang berisi ikan. IKAN WEH IKAN yang untuk 42 orang makan , haaaaaaaaaaaaaaaaa mampus. azab dia, aku rasa nak campak bag lepas tu nak menangis. Weh berat weh berat gila tak tipu. sampai nak melangkah pokok tumbang pun azab api neraka gila. camharam je rupa masatu.



okay settle dah mengadu pasal azab bag tu. dah settle bag semua, dengar la sikit taklimat, simpan bag atas powil (four wheel), then kiteorang naik powil lain gerak ke starting point. Dari Pejabat Perhilitan ke starting point tu dekat setengah jam jugak la perjalanan. Jauh nak mati kalau kena paksa jalan kaki. memang aku maki siapa minta.

Starting point


Sampai je starting point, dalam pukul 10-11 lebih pagi macam tu, gogo suruh makan tengahari dulu before start. settle makan, tangkap gambar apa semua. Kiteorang start. Rancangan sepatutnya, dari starting point kiteorang terus shoot Kem Khor on the first day, tapi ada sorang line up dengan sebab sebab tertentu, kiteorang terpaksa reschedule balik dan bermalam dekat Kem Lata Luis. Sampai Kem Lata Luis dalam pukul 4-5 petang macam tu. Masa kiteorang drag gila sebab sorang tu. Tunggu dia dekat Kuala Luis tu dekat sejam jugak la, sempat tidur, sempat orang pedajal aku lagi. cambangang memasing.



Track starting point ke Kem Lata Luis, santai sepak daun je. bukit pun sikit je. Okay la

ada la beberapa sungai before kem lata luis 




Sampai Luis, bersihkan badan apa yang patut, gogo cakap, half barang tinggal situ. Sebab esoknya pagi pagi dah kena gerak ke Kem Kubang tidur semalam lagi dekat situ, so bawa barang apa yang patut je.

dah sampai hikhik


AHAD 23/6/2019 Dari Kem Luis ke Kubang masa lebih kurang 6-7jam jugak la perjalanan, jauh beb jauh. Aku meminta kan? mendapat la. I tell you eh, track dari Kem Luis ke Kubang. macam haram. dia start pacak 70,80,90 darjah. Belanja ada la dalam 1-2 minit je. cam harem. Actually second day tu kiteorang dah terus shoot Kem Botak. Kem Botak nak ke peak dalam sejam je perjalanan. tapi sebab jauh sangat dari Kem Luis, gogo cadang tidur Kem Kubang. YaAallah siksa ya waterpoint dekat Kubang. Dia ada dua waterpoint, satu dekat (walaupun takde la dekat mana) tapi masalah kat situ air tak bergerak langsung. bertakung je. Jadi malam first sampai Kubang aku tukar baju je, untuk shoot peak esoknya. Second waterpoint, jauh gila gila nak mati, dengan curam nak turun nya. serius curam sampai pakai tali. kau bayangkan , nak pergi mandi je wehhhhh.




ontheway Kubang


ISNIN 24/6/2019 Ikut schedule yang dah di reschedule, kiteorang akan gerak ke peak pukul 1 pagi. Ya satu pagi anak anak. Jadi makanya pukul 1 pagi kami semua dah get ready. dengan headlamp apa semua dan bawa barang apa yang patut untuk shoot peak pagi tu. Aku sejenis suka on track waktu malam, tak nampak track dan tak mental, dan aku boleh laju sikit dari biasa. Waktu gelap je aku punya tenaga lain sikit. hhahaha so dapat la kejar sikit geng YY yang padu nak mati tu.

Muka muka tak sabo nak shoot peak pukul 1am



Dari Kubang, ke Belumut, yaAllah sejuk ya anak anak diatas sana. Masa on trek tak rasa sejuk sebab haba keluar kan, bila time nak regroup, terpaksa rehat kejap dekat kem Belumut, yaRabbi, sejuk dia macam nak gigit orang sebelah. Oh ya! malam tu hujan lebat yak amek. woi gigil. bercakap pun keluar asap, tak payah dah pergi luar negara. haha

Dari Belumut ke Bonzai dalam 2-2.5 jam jugak la. Track macam biasa berlumut, salah step memang separuh kaki kau hilang. tak jaga kasut dah masa tu, lenjan je. Depan aku Wan (one of geng YY), aku follow je step mana dia pijak. aku pijak. Sampai je bonzai masa tu dah dekat pukul 7 jugak la, so kiteorang settle solat dulu apa semua, rehat jap, tangkap gambar. lepas tu terus gerak Kem Botak. track masa ni still berlecak, tapi tak pacak dah. siap boleh berlari.

Dekat Kem Bonzai




On the way ke Botak tu, kiteorang dah nampak awan karpet, apa lagi weh berdesup memasing kejar naik tempat lagi tinggi sikit, nak tangkap gambar. Bukan senang nak dapat. Sebab ada team naik before tu tak dapat pun view, Alhamdulillah rezeki kami dapat. Lama jugak la perjalanan dari Bonzai tu nak ke Botak. Sampai je Botak, aku tak rilek lama pun, Cek, Yanna, Bang Is, Bang Don tunggu, topap tenaga sikit je makan kurma, terus gerak gi peak.

semua bekejar benda belakang tu




cukup happy dah tu?


YaAllah, masa ni tenaga aku drain gila. Tak larat betul nak bawa badan sampai peak. Yang memasing dah berdesup kejar peak. aku rasa aku drain, satu sebab kawasan tu dah terbuka, so aku direct kena matahari, satu lagi tiga hari mendaki je dan mungkin lagi satu sebab badan aku yang berat har har har. Masa kat batu batu tu memang aku pewai dah, aku sorang je jalan masa tu, Fatah, Napi orang first and second sampai peak, Yanna, Cek, Bang don Bang is, pun laju berdesup, si Wan taktahu la mana hilang kat belakang sebab dia duk sibuk tangkap gambar. so aku sorang. Masatu motivate diri sendiri je la mampu.





Duk ulang dalam hati, "Ja sikit je lagi" , "Ja you ken do this", " Kemon Ja, lagi berapa meter je lagi". Uish aku survive weh. Masa otw nak ke peak, ada sorang akak ni dekat belakang aku, dia cakap, " Ja sikit je lagi, kawan kawan awak semua tunggu dekat atas tu" weh terus semangat weh. Lagi beberapa meter nak sampai peak, aku nampak la geng aku duk lambai duk panggil nama aku, weyyyyyyyyyyyyyyyyyyy sampai je peak, berderaiiiii air mata makk noks! terharu overwhelming perasaan bercampur baur masa tu, aiseh! tah apa apa emosi masa tu, siot la. tak jantan do.







YaAllah weh, the moment sampai atas tu, Tuhan je tahu. Subhanallah cantik nyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. tak sangka dapat sampai ke puncak. Nak terima kasih kat Tuhan macam mana lagi pun tak tahu la masa tu. tapi weh dekat atas tu, sejuk dia pun boleh tahan sejuk, tak boleh duduk diam memasing, angin kuat yarabbi. Aku dengan geng dekat atas tu rasanya dalam sengahjam? 45 minit? kot. Oh ye kiteorang siap tukar baju raya ya, semata. hahahah Lepas tu memasing turun pergi kem botak balik. Bukak dapur haram sebab tak sempat nak makan kat peak. and port kiteorang kena ambik dengan orang lain. siot.







and ya, will continue. Penat gak menaip. ni pun aku curi masa kerja aku menaip. siot tak berkat gaji aku. k bai sambung nanti. xoxo





No comments:

Harry Styles - One Direction Harry Styles - One Direction Harry Styles - One Direction