[Part 1] Trans Chamah-Ulu Sepat


[Part 1] Trans Chamah-Ulu Sepat | 5Days 4Night sweet and sour

Hai Asslamualaikum, diatas permintaan kelab kipas sis, I’m back guys after a long hibernation hahahah. Okay, just to remind all, this gonna be a very long post dan akan bersambung. Ye la weh, 5hari punya cerita macam tak best je kalau compress dalam satu post. Cukup la trip ni je yang compress.

Okay mula la eh?

30/8/2019 | Jumaat
Malam jumaat ni lepas balik je kerja, aku bekejar balik rumah siap siap pack barang mana yang tak masuk lagi, sebabnya semua yang dari blah KL kena kumpul dekat TBS, ada van yang pick up kiteorang.
yang ni bangdon, dia selalu berniat nak kahwin lagi
/Oh ya, just nak bagi tahu, kalau kita buat Trans CUS ni, dia agak complicated sikit untuk transportation, sebab kau naik tempat lain, kau turun tempat lain. So korang kena bijak deal la dengan abang powil macam mana. Alhamdulillah kiteorang dipermudahkan\

Trip CUS aku ni, semua member kenal sejak first G7 aku masa Yong Yap dulu. So alhamdulillah takde masalah. Semua faham masing masing, otak tingtong sesama.

okay sambung, aku dari Subang ke TBS dengan Yanna. Macam biasa la kami paling lambat, ye la kerja kan petang tu, kau nak expect apa. lol ahahaha tapi lambat pun sampai juga. Dari TBS ada 10 orang, so kami terus gerak ke Gua Musang, memang point untuk kumpul dan naik powil. TBS-Gua Musang makan masa plus minus 4jam jugak la, dalam van tu jangan cakap la siksa dia macam mana, aku dah la kaki panjang, lepas tu kena duduk seat belakang, yaRabbi siksa ya anak anak, pusing kiri kanan tak boleh tidur. Yang Yanna kat sebelah dah macam orang berzikir asyik tersengguk sengguk, berapa ribu zikir dia baca pun tak tahu la. Yang Phia dengan aku memang tidur ayam je tak puas gila hahahah.

Dalam perjalanan yang ‘mencabar’ tu tadi, maka selepas beberapa jam kami survive sampai Gua Musang(GM). Ramai ya anak anak manusia dekat RNR Gua Musang tu, semua orang aku nampak macam nak naik hiking. Diorang takde life ke eh sibuk nak hiking jugak ugh. Gerak dari TBS pukul 10 malam sampai GM dalam pukul 2 pagi. Sek van dah sampai so kiteorang tunggu sek dari ganu dengan dari Perak.

ni Phia, adik bongsu kiteorang, padu berdesup walaupun 5hari kaki injured
Okay yang kelakarnya, kak eera dengan angah dah inform awal awal kumpul dekat RNR GM yang baru, bijak tak bijak, sek sek ganu ni dah sampai awal, rupanya diorang pergi tunggu dekat RNR GM yang lama. kurang bijak perangai. Haa pepandai hidup tumpang powil orang datang ke tempat kiteorang. haih dan tak lama lepas tu sek dari blah perak sampai. So semua sampai. yey!

Lepas settle subuh, tukar baju, tapau sarapan, bahagi ration, kemas bag lepas tu bag ready letak atas powil, kiteorang pun ready duduk atas powil untuk bergerak masuk ke starting point. Dari RNR GM ke starting point (+-) 6jam perjalanan, basah ketiak dengor kan?. Mana tak basah, aku duduk belakang kot, kau bayangkan 6jam tahan onak duri dekat belakang tu.


dari kiri Cek, Fitri dan Yanna. tu bukan tangan aku ya. tu tangan bangdon. 
waa gembira nya padahal bontot memasing dah pewai

YaTuhan, ingat seronok duduk belakang, rupanya azab guys azab. Yang duduk belakang masatu, aku-Yanna-Phia-Bangdon-Cek-Iqa (dia geng korga kiteorang)-Fatah dengan Fitri. Yarabbi tunggang terbalik kiteorang dekat belakang, jalan otw pergi starting point tu dah la tanah merah, naik bukit, tak belanja landai langsung rasa powil tu nak terbalik ke belakang je. aduih bila ingat balik lawak gila. Nak hilang kan bosan dan takut, kiteorang siap menyanyi lah kat belakang tu. Lepas tu, kiteorang stop dekat satu perkampungan ni, sebab situ ada line HAHAHAHAHAHA apa lagi update jap. Dekat situ ada port lawa ambik gambo, so memasing pun, hm apa lagi.

Cek, Fitri, Yanna, Bangdon, Phia, Aku , Ika, Fatah. memasing pewai naik powil 6 jam




Lepas ambik gambar apa semua, panas terik ya gigih memasing. Kiteorang mula gerak semula ke starting point, jalan dia makin lama makin meminta makian ya anak anak, mengucap je la kiteorang kat belakang ni, yang Wan, Ieda,Ain dengan Wa sedap aa kat depan, diorang boleh tidur weh. hahaha oh btw tak bagi tahu, powil yang angkut kiteorang semua ada dua. Aku naik yang first. Masa otw nak ke starting point tu, ada satu part tu menaik sikit, so abang powil tu tekan minyak kuat sikit maybe, entah la. Salah satu bag yang kiteorang ikat atas powil tu boleh terjatuh gais beguling guling hahahah lebih specific bag si Eida hahahah dengan dia bawak ration telur. Telur semua pecah ya gais dalam tu ahjahaha dugaan siaaaa hahaha.


sebelum pewai bersepai, ni la kiteorang. semua dah macam family sejak YY
bangdon try masuk jarum ke tu?
my family my team. gitewwww
pencinta waniter. aku banyak kali sentap dengan dia ni, lipak trip je kerja. tipu je kerja. malas aku layan dah
Gerak dari rnr tu pukul 6.45am macam tu, sampai dekat starting point pukul 12 ke 1pm macam tu. Lama bukan? Turun je powil memasing isi perut dulu, lapar weh duk excersice atas powil tu. Tapi kawasan starting point dia, masyaAllah, dah la takde pokok sangat, tanah merah gitu je, panas dia boleh bawak gaduh. PANAS!!!!!! siap makan, kak Eera briefing sikit canne perjalanan, lepas tu dia pesan ke kami, "Kome jangan inker inkerrrrr ya" hahaha inker tu maksudnya jangan mencapap dalam hutan, jaga adab. ha gitu la. ke salah? hahahahahahahaah


panas dia memang tak boleh bawa bincang



Maka bermula lah perjalanan kami, first check point kiteorang nak ke Kg Rekom, dalam tentatif dari starting point ke situ sengah jam je. menipu. ini semua dusta! ahahahahah lamaaa dooo. dah aaaaa panas, trek dia tak nak diskaun plak. kuaja. aku pun lupa sampai kg rekom tu pukul berapa, tak silap aku dalam pukul 12 kot. kot la ya. sis ni tak hengat. Dekat situ ada perkampungan orang asli, hm perkampungan ke ek? sebab ada dua tiga rumah je. boleh la ek dari takde. Sampai je Kg Rekom, kiteorang rehat jap, amik nyawa, lepas tu terus gerak ke check point seterusnya, Kem Tengah, dimana tempat untuk kiteorang bermalam, sebab esok pepagi dah nak gerak naik Chamah.

depan tu nama dia su, masa ni dia tak becakap sangat dengan kami. melulu je laju depan




Perjalanan dari Kg. Rekom ke Kem Tengah tu lebih kurang 3 ke 4 jam, tapi kalau pace aku boleh jadi 4 ke 5 jam hahahha siput weh. Boleh tahan gak la weh dia punya perjalanan. So semua dah ready, kitorang pun gerak. tak silap aku, kiteorang tanya orang asli tu mana jalan nya, orang tu cakap lalu kot belakang rumah dia, dan kami pun jalan la ikut apa yang orang asli tu kabo. tapi weh, hahahahah salah jalan. sesat mesat mana tah mana tah jalan nya, tatiba jadi macam takde jalan semak samun. Patah la balik semua orang. Rupanya jalan tu salah, lol orang asli pun pandai game kiteorang ceh. Dah tahu jalan yang betul, simpang plak salah, aku tak tahu la asal petang tu macam macam jadi, semua pewai naik powil mungkin hahahaha. So patah balik, ikut simpang yang betul. Otw ke Kem Tengah tu tak banyak benda berlaku kot, sampai kem dalam 4.30 pm macam tu, so sampai sampai terus duduk. penat. pewai. bersepai. dah take a rest kejap, memasing dah start pasang tali apa semua untuk dirikan fly ground, untuk kiteorang tidoqqq. Dah settle fly ground, dah settle mandi apa semua, Kak Eera pun dah siap masak, memasing kebuloq, apa lagi. Melantak la memasing.

ni la Kg Rekom. yang tak berapa nak kampung sangat

Kem Tengah, yang tak berapa tengah
muka muka bahagia dah sampai kem, depa tak tahu esok lagi dasyat. 
acah acah je masak. padahal eleeeh

yang papling best. rindu nyaaaaaaaaaaaaa~
Sebelum ni ada trip Korga dengan Kak Eera dengan Angah, Kak Eera punya masakan, PADU weh sepadu orang dia sepadu suara dia, sekali dia bersuara, rasa nak nyanyi lagu Erna Zakri plak tibehhhahaha. Tu yang start Korga, CUS, Yong Belar, semua kiteorang mintak dia arrange kan. kalau kak eera baca ni, mohon kembang ya, kipas boekkkk punya.

Lepas melantak apa semua, memasing dah amik port tidur. sebabnya esok nak gerak pukul 1 pagi ke Chamah. fuhh ponek. em, cerita Chamah, sambung next post bleh? Bleyyyyyyyyyyyy la ek. panjang panjang korang bukan baca pun, tengok gambar je lebih. k macam mana kiteorang ke chamah. tunggu la sizs punya next post. Jangan ditanya bila. Post ni pun publish selepas 6bulan. ko rasa? hahahahah seeeee you in the next post. Muahzxxxxx.

Love,
Jeelofa xoxo.



Harry Styles - One Direction Harry Styles - One Direction Harry Styles - One Direction