Now or Never

Assalamualaikum dan hai. Its been a while aku tak tulis blog kan? Starting for today (kot), aku dah boleh mula balik kot ber-blogging /lewls\ .

So guys, I'm so excited to tell you guys yang AKU DAH NAK HABIS DEGREEE!!!! omg 2 tahun beb perah otak belajar maths, pecah kepala. So now aku hanya tunggu nak intern je this September. Hope everything will be fine. Tak sabarnya nak grad nak naik pentas lagi sekali amik scroll kosong hahaha. So how about my life degree? Dua tahun dekat negeri orang hahahaha padahal kampung bapak aku kat sini je pun, banyak cobaan rintangan halangan suka duka saling berganti cewahhhh kemain. 

Lain weih life masa aku diploma dekat Perlis dengan life degree dekat Seremban ni. Masa diploma dulu kau masih hingusan, masa tu hingus pun kawan kawan kau yang lap kan padahal hingus kawan kau tu pun meleleh ceh jijik. Masatu kau masih dipandang sebagai budak budak sekolah yang baru nak up, yang baru nak kenal dunia sebenar gitchew. Tapi masa aku belajar dekat Perlis dulu susah la nak homesick ke apa, Alhamdullillah takde dah nak homesick bagai. Sebab dah puas dulu masa form 1, aku menangis seminggu sebab kena masuk asrama, sampai bengkak mata, tak makan tak minum, baju pun akak senior yang tolong basuh kan (nasib weih masa tu takde kes buli ke apa, akak tu baik gila sampai aku lupa rupa dengan nama dia. Dem). Gila rebel aku masa tu, so sebelum masuk diploma, ayah aku dah warning awal awal, "Kau jangan nak menangis mintak balik ke apa eh yong, Perlis dengan Selangor kau ingat dekat?" (dengan nada yang sesangat tegas, takut tau kiteww maseew tu, uhuks) so masuk je diploma, nekad gila tak kan homesick. And tu la kesannya. 

Masa degree ni lain beb, lain sesangat. Orang dah pandang kau sebagai seorang yang dewasa cerdik pandai, ye la kalau tak cerdik pandai kau tak belajar sampai degree dik. Huh tapi orang tak tahu yang kita ni struggling bagai nak mati sebab nak kejar pointer dan tak nak repeat. Masa kau masuk degree, lecturer expect kau dah pandai, tak macam diploma, semua lecturer suap. Degree ni, mostly semua benda kau kena usaha sendiri. Aku banyak kena berdikari bila masuk degree ni. Sebabnya geng-geng aku terpisah, Tiga Kota Bharu, Tiga Shah Alam dan aku sorang dekat Seremban. Dulu apa apa je aku akan depends dekat diorang, dari photostat nota, past sem, apa apa yang lecturer bagi deadline ke, entrance survey, exit survey la, eh boleh kata semua benda la mesti bergantung kat diorang tu. So aku tak rasa susah sangat. Bukan aku malas ke apa, sebab aku ada masalah nak mengingat, mesti lupa punya.

Masuk je degree, semua benda aku kena amik tahu sendiri. Hampir semua. Bukan tak ada kawan kawan yang ingatkan, diorang ada je update kadang kadang dalam group whatsapp, tapi biasa la setakat baca, lepastu starred kan massages ingat aku boleh ingat? kadang mark dekat kalendar pun aku boleh lupa. Kadang-kadang marah dengan diri sendiri sebab pelupa. Tulah kecik-kecik mak suruh makan kismis, aku terkeliru mana kismis mana semut. hm

Untuk course aku, aku rasa course ni yang paling senang berbanding dengan course lain. Means untuk Fakulti aku je la. Ni apa yang aku rasa hahahah walaupun pernah repeat paper padahal paper tu pernah amik masa semester 6 diploma, KAU RASA?! hahaha. Senang tak senang la jugak, course aku ni dia seimbang je, subject maths ada (sebab wajib la, kata student maths) subject membaca pun ada. Kiteorang ni, bila satu sem tu banyak subject membaca mesti ada mulut mulut busuk yang akan cakap, "Kan best kalau sem ni kita final semua subject mengira hm" lepas tu bila satu sem tu semua subject mengira, ada lagi mulut mulut tahi yang cakap, "weih, kalau membaca kan lagi best tak payah nak hafal formula yang macam haram jadah ni banyak diaaaaa". HAHAHA benda ni serius do, tiap kali nak exam tiap kali tu la ada suara suara sumbang macam ni. Tapi best la, budak maths orang nampak macam bijak sikit, padahal yang hado. Siapa yang suka math boleh la try apply course management mathematics ni (promote course sendiri lewls)

Selain dari aku susah nak belajar (sebab tutor a.k.a geng aku jugak masa diploma dulu, dia dapat dekat shah alam. sumpah hilang punca do time ni) aku juga susah nak cari kawan yang betul betul boleh ajar aku. Sebab aku ni takde la sebijak sangat, nama je pergi kelas tapi kadang kadang tak masuk satu benda pun dalam kepala otak. So aku perlukan seseorang yang masa nak final, dia boleh ajar aku one-to-one pasal subject yang aku tak paham tu. Susah jugak la nak survive mula mula masa mula masuk tu, aku tak reti nak belajar macam mana, sampai menangis weih sebab tak faham hahahahah bapak loser. Cakap pasal menangis, habit aku memang akan menangis tiap kali final. Masa diploma dulu kerap gila, sebab ye la baru mula nak faham konsep. Kalau tiap kali nak nangis je aku pergi tandas lepas tu bukak air acah acah kau buang air, padahal tak nak orang dengar suara kau menangis. Nangis la puas puas sampai kau rasa, "Okay cukup". Selalunya lepas nangis aku bertenang sikit la dari sebelum LOL. Masa degree ni kurang sikit, tapi kalau stress sangat memang tak tahan ah citer dia. Tapi jarang la. Masa sem last ni, takde pun nak nangis ke apa, mungkin la sebab dah semakin berumur kot hm. Allahu rasa tua sangat, padahal. 

Tapi Alhamdulliah, aku ada je kawan kawan degree ni yang susah payah tolong aku, terima kasih chuolls yang sanggup amik dari kolej bawak datang rumah sebab nak belajar sesama, yang amik dari kolej ajak belajar dekat bilik 24jam tu, yang ajak belajar dekat library dari pagi sampai kepetang, yang ajak bercinta juga hahahaha takde takde ni menipu over nak mampus.  Terima kasih weih korang, bagi makanan la , masak kan la. Bersyukur sebab dapat classmate yang tak berkira ilmu, so aku tak rasa terlalu bodoh sangat la hahahahahah. Terima Kasih untuk semua. semua.  (harap korang baca dan terharu gila). Jadi disebabkan diorang tu ada dekat belakang aku, support each other, aku takde lah seteruk masa diploma dulu. More better dari yang dulu. 

Jadi dah last semester ni, terasa jugak la bila dah habis lepas ni semua buat haluan masing masing, takde dah nak bahan membahan, ejek mengejek, study sesama, kena marah dengan lecturer sesama, usik lecturer la apa semua. Walaupun masa mula mula masuk degree semua macam racist gila sebab memasing dari kampus berlainan tapi dua tahun jumpa muka yang sama, last last rasa macam adik beradik tak nak pisah do. hm I'll miss the moment so bad. Harap memasing berjaya kat dunia sebenar, lepas tu kahwin jangan lupa jemput aku, beranak ramai sikit supaya boleh kawan dengan anak anak aku lol, lepas tu buat reunion balik, sumpah kecoh nakmati masa tu . ewah dah berangan la siot . Aku harap habis degree ni tak bermaksud habis dah masa untuk kita jadi kawan, mungkin boleh kenal lebih mendalam eh? wakakakakakakaka walauweh kau punya cita cita macam nak pergi bulan do, tak nak kalah. Tak itu melawak je okay. 

So for my classmate, CS 248 B2, I wish all the best and good luck for your future and mine too. Semoga Allah sentiasa bersama kita dalam apa jua pun yang kita buat dan semoga hidup kita sentiasa mendapat keredhoan dari Dia. Ameen.  Allahu macam mak mak mendoakan anak anak rasa. LELWLLs. 

Okay sampai sini je dulu. See you when I see you. Adios. 


Farewell degree, 
Jajalasangat



No comments:

Harry Styles - One Direction Harry Styles - One Direction Harry Styles - One Direction