Back Off !

Assalamualaikum dan Hai.

Lama sangat kan tak post , sebab nya malas. kbai. okay guys , post ni sangat sangat akan jadi terlalu serius , so harap anda bersedia.

First of all, aku nak minta maaf , mungkin post kalini menjadi terlalu bias atau sebaliknya.

"KENAPA BAGI HARAPAN KALAU KAU TAK MAKSUDKAN?!"

maksud aku, kalau kau tak suka, tak ada niat nak bercinta apatah lagi nikah dengan seseorang tu , mohon jangan bagi harapan. dan ramai orang tak tahu (terutamanya LELAKI) , sebab nya kadang kadang diorang tak perasaan pun, bila diorang terbagi harapan tu, dan kadang diorang tanya kita balik, "aku ada bagi harapan dekat kau ke ?" the heck -.- dan diorang pun tak tahu apa sebenarnya maksud "BAGI HARAPAN" tu. right?

dari persepsi seorang wanita lahkan,(ni untuk hubungan lelaki dan perempuan, kalau sejantina pun nak terbagi harapan. boleh pergi meninggal sana) so bagi harapan tu macam kau selalu amik berat pasal dia, kau cakap baik baik pasal dia, bila dia lapar kau teman dia pergi makan la or whatsoever, dengan kata lain kau sentiasa ada dengan dia dalam susah dan senang. perempuan ni bro, kalau dah ter-ada hati dekat kau, kau like gambar dia kat ig , kau fav tweet dia kat twitter pun diorang ingat kau care pasal dia, perempuan ni lain bro, kau care lebih diorang dah terfeeling.

ni bukan benda kelakar tau bro, kau kena amik ni benda serius. pasal perasaan ni kau buat gurau memang kau mintak tempah keranda siap siap. aku bukan la nak back up perempuan, tapi sebab aku perempuan, aku nak bagi tahu apa yang perempuan maksudkan dengan "bagi harapan" tu.

kalau dua dua ada perasaan yang sama , like suka sama suka, its fine . totally fine. kalau yang sorang je terfeeling , ni yang masalah nya. situasi ni sama je, either lelaki yang terover feeling or perempuan. yang susah nya bila kau dah layan dia baik boek punyaaaaaaaaaaaaaaa lepas tu bila dia tersuka dan kau pun tertahu yang dia suka kau, kau blah. WHAT THE?! ini tahi.

sebab tu bro, kalau kau memang takde niat nak suka dia, please jangan terrrrrlalu baik dengan dia. kau layan dia leklek macam kawan kau yang lain. tak payah nak keluar berdua ke, nak makan sesama ke, nak study sesama ke, apa je lah yang kena berdua . TAK PAYAH ! benda ni akan jadi salah faham, mungkin dia fikir kau memang suka dia. lagipun kau dah macam tak ada kawan yang sejantina yang nak makan, belajar, pergi kedai beli chokichoki dengan kau ke ? hah ? dah pupus ? gila kesian. eh alah, panas pulak aku. hahaahahahha

so kepada sesiapa yang rasa dia macam terbagi harapan. tolong berhenti. sekarang! SEKARANG JUGAK ! yang dah rasa rasa tersuka dekat seseorang tu, korang boleh chillex dulu . tak payah nak terover suka. baru kena puji comel sikit dah gelabah tahi tak tentu arah macam katak bawah tempurung (takde kena mengena pun peribahasa tu) eh leklek dah la. kalau kena tinggal nanti tak de lah sakit sangat. tapi mana tahu suka korang terbalas , mohon jemput sis kenduri kahwin okay ?

jadi kepada anda semua , bawa bawa lah insaf. duduk sengsorang fikir balik pernah tak korang sakitkan hati orang? kalau ada atau tak ada sekalipun, pergi la minta maaf . mana tahu esok lusa kita meninggal , atleast kita dah minta maaf. daripada kau nak kena merangkak jumpa dia kat akhirat semata nak mintak maaf sebab pernah sakitkan hati nanti, baik kau tebalkan muka minta maaf sekarang, kat dunia ni. sebelum terlambat. hm jadi ostajah tetiba. but benda ni serius .

so itu sahaja yang terluah buat masa ini.

yang pernah sakitkan hati manusia lain,
Jajalasangat_

No comments:

Harry Styles - One Direction Harry Styles - One Direction Harry Styles - One Direction