Not a gift, It's a punishment .

Assalamualaikum dan haiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii gais.



Dua jam depan laptop fikir idea dan akhirnya ! 

Faham quote kat atas tu ? faham bagus. tak faham tu bawak bawak la mengucap, lagi tiga kali jumaat je tu. Sembang pasal "common sense" ni-la-kan. haih sis ni pemantangan sikit orang yang kurang peka dengan sekeliling. choii ingat dunia ni korang je ke hidup? hello ! tengok sekeliling sikit please *emoji tangan*. Paham tak rasa sakit hati bila kau terpaksa berdepan dengan orang yang macam ni punya perangai. rasa nak bagi kaki je kalau boleh. nasib baru rasa, kalau ikut hati memang dah makan kaki.

Aku bagi situasi .
.
.
.
.

Situasi #1 :

Kau penat-penat balik dari kelas, balik kolej ingat nak lah take-a-nap dalam bilik, dalam perjalanan kau dah terbayang katil kau, bantal kau . dalam hati , " aih tak sabarnyaaaaaaaa nak tidoq" . disaat kau bukak je pintu bilik , kau nampak satu lembaga yang dinamakan manusia yang kau tak kenal siapa, dan rupanya dia adalah kawan kepada roomate kau. yang tengah sedap lenjan katil kau buat macam katil mak angkat dia sendiri. Amboi ! dan dia dengan asyiknya lapik punggung atas tilam kau? tilam je okay lagi . bantal yang kau buat alas kepala masa kau tidur pun dia duduk kan sekali ? so apa guna katil roomate kau ?


Situasi #2 :

Kau ada dalam bilik, tengah tengok laptop atas meja study. Okay then kawan-kawan roomate kau datang nak buat assignment . dol nak buat assignment tak kisah , yang kisah nya kenapa jadikan katil kau sebagai meja study kawan kawan roomate kau tu ? biadap tak biadap ? kau ada kat situ, hidup bernyawa bernafas darah masih mengalir dalam badan dan jantung masih berdegup kencang menahan marah, dia buat kau macam tak wujud ! tak reti minta izin dulu ke? tak pernah belajar sivik ek?
.
.
.
.

okay cukup la dua situasi tu sebegai contoh. so apa korang rasa bila korang letakkan diri korang dalam situasi tu ? marah tak ? geram tak ? 

kalau aku, aku marah geram tapi aku simpan pendam. sebab aku ada masalah nak tegur orang yang buat salah. satu sebab aku tak confident langsung nak tegur. selain tu aku takut bila nanti aku tegur, kemungkinan besar aku akan buat kesilapan yang sama apa yang diorang buat. so last aku tak tegur. keep calm and peace . HAHAHAHACAH SANGAT !

low self-esteem pun susah, over confident sangat pun susah. bila low ni kau nak buat apa pun kau rasa tak yakin. contohnya aku,nak marah orang pun susah, lepas tu kalau ada orang suruh presentation tanpa buat apa apa preparation memang mampuih keras aku kat depan orang ramai tu, tak tau nak kata apa. dan aku ni memang jenih tak boleh jadi leader, aku rela jadi follower. sebab nya masalah takde kepercayaan kat diri sendiri. aku takut bila aku jadi ketua nanti aku ni akan jadi ketua yang meng-annoying kan atau yang suka mengarah je kerja atau apa apa je yang boleh orang lain fikir buruk pasal aku sebagai ketua.

yang over confident ni pun susah jugak. kalau dia jadi ketua, dia rasa diri dia betul betul betul. dia tak rasa pun diri dia salah dan semua orang kena ikut kata dia. kalau bab presentation kau bagi je dia, confirm settle group kau presentation dia sorang je bercakap . dia tak kisah orang tak suka dia ke , orang bash dia ke , orang pulau kan dia ke. ada dia kisah ? bagi dia , orang orang macam korang ni boleh pergi mampus sana. 

okay gais . terrrrtiba terkeluar topik. okay back to our main point. pasal "common sense" . kita ni manusia, banyak benda kita kena berkongsi dengan manusia lain, contohnya berkongsi kasih sayang. EH? hahahahahahahahahah k gurau. so apa salahnya, kalau benda tu hak orang, kalau kau dah tak boleh nak tahan nafsu sangat nak guna hak dia , kau mintak izin, bagi tahu nak guna ke nak pinjam ke . susah ke ? kita ni melayu. ada adab kan? 

atau kalau kau masih tak boleh nak elak jugak perangai kau yang takde "common sense" ni, masa kau nak buat sesuatu tu, kau try letakkan diri kau dekat tempat orang lain. so apa yang kau rasa bila orang buat macam tu dekat kau, marah tak ? sakit hati tak ? 

ha tak boleh lagi ?

okay senang je.  korang boleh pergi berambus dari planet Bumi tak payah dah hidup dengan manusia lagi. 


Sekian\\


yang banyak buat dosa dan mengharap Allah ampunkan,
Jajalasangat :*









No comments:

Harry Styles - One Direction Harry Styles - One Direction Harry Styles - One Direction