Six years and I'm never move on

Hello and Assalamualaikum.

What kind of six years and why I can't move on ? actually this entry I personally dedicate to my one and only lovely, Mother . Bukan nak buka aib mak sendiri tapi nak cerita macam mana detik maa pergi dan kenapa.

Enam tahun yang lepas, pada tanggal 29 Julai 2010 , jam 0830 pagi. perginya seorang insan yang bagi aku takkan langsung ada pengganti. It's break my heart so much after I see my mother struggling for her life to survive until her last breath. Kalau orang tanya apa perasaan aku masa tu? Yarabbi, Allah je yang tahu macam mana perasaan dia bila kau hidup dengan umur kau baru 16 tahun dengan kau anak sulung dan kau ada tanggungjawab yang besar untuk jaga tiga lagi adik kau yang masih kecil tanpa kasih sayang seorang mak. kau rasa apa perasaan aku ? kalau nak dibandingkan kasih sayang seorang ayah dengan kasih sayang seorang mak is sooooooooooo much difference guys . korang sebagai anak pun dapat rasakan apa perbezaannya kan?

Maa tahu yang dia ada breast cancer sangat lambat. dah stage ke-4 baru sedar yang she'd a cancer. Maa lambat detect sebab memula dia just rasa ada ketulan dekat her armpits lepas tu dia urut then benda tu hilang, so maa ingat benda tu hilang. tapi sebenarnya tak. ketulan yang dia rasa tu dah masuk kedalam which means masuk dekat her breast. lagi satu masa tu penyakit cancer ni tak berapa nak trending sangat, so kiteorng satu family tak syak apa-apa. dah lama lama her breast makin mengeras . jadi sebab tu dia pergi hospital, dan nahh~ the result is -.-

Hmm. macam-macam cara maa try untuk baik and nenek tak bagi operate sebab ada yang operate tapi it's become worst. so nenek kata tak payah. sebab tu maa try cari ikhtiar lain , pergi sana pergi sini banyak duit habis sebab cari penawar. part paling sedih sesangat bila maa lepas kimo, yaAllah keadaan dia teruk sangat sampai aku rasa , entah lah. Maa akan muntah muntah , tak larat makan, tak larat bangun even pergi tandas pun kena ada orang bawak pimpin dia. You know what, bila kita kimo banyak cells mati, dan semua badan kau yang berambut akan gugur.

Maa punya cancer tak macam orang lain, sebab kebanyakkan pesakit breast cancer, diorang punya breast akan bernanah, berdarah or etc, tapi maa tak. sebab mata nanah tu kebelakang sebab tu dia mengeras. Maa selalu pergi kimo dekat hospital besar KL , well family bukan dari keluarga yang harta tujuh keturunan pun tak habis makan kann, so terpaksa pergi kerajaan yang kau nak tunggu turn sampai esok pun tak habis. beratur weih beratur. Maa selalu keluar dengan ayah lepas subuh dalam pukul 6pagi macam tu, terus pergi hospital. tunggu turn dekat hospital kadang pukul 3 pukul 4 petang baru masuk . petang okay PETANG !! jumpa doktor bukan lama sangat pun , membebel jadah dia lepas tu bagi ubat, balik. senang buat duit . (sorry emo ahaha). so tu lah rutin tiap minggu.

Then satu hari dia mintak sangat nak masuk hospital, sampai memarah. so ayah call ambulance bawak maa masuk HUKM. Berhari jugak lah dekat hospital, dan keadaan maa semakin menurun dan menurun sampai pakai bantuan oxygen bagai, wayar sana sini. break my heart weih bila tengok mak kita kena cucuk sana sini dekat badan, aduhai. Masatu maa dah memang totally worst , dah tak boleh cakap tak bukak mata langsung, dia boleh dengar je masa tu. dan bertambah teruk bila doktor bagi tahu ada jangkitan kuman dekat paru-paru dia. aku macam dah tahu yang dah tak de harapan tapi still kuatkan hati , yakin mungkin ada peluang lagi. tapi sayang sebab dah tak boleh nak buat apa kuman semakin merebak. That moment doktor suruh nurse bukak semua wayar aku dapat rasa something goes wrong. yeah and i'm right. doktor kata takde apa yang boleh diselamatkan just tunggu waktu je.

Masa berlalu terlalu pantas, dan maa pergi terlalu cepat untuk kami adikberadik. Kiteorng semua mengadap waktu terakhir maa, and when the doctor said , "Her brain is died" . its means you have to says goodbye forever. nothing can change. so pagi tu maa pergi dengan tenang. Paling rindu ,bila ada masalah nak share ada berita gembira nak cerita aku rindu gila maa, sangat weih, aku tak berapa rapat dengan ayah so sangat awkward bila aku nak bermanja dengan ayah haih. ni lagi terasa bila aku masuk U, kawan-kawan aku semua jenis tiap kali nak exams nak tests/quiz call mak mintak mak doakan, ada masalah dengan kawan semua call mak cerita semua masalah. yes! i'm soooooooooooooooooooooooooooooooooooo jealous . tak tipu . kadang bila diorang call memanja aku try buat pekak, buat dengar lagu or whatever . sebab aku cemburu gila tahap nakmati. nak buat macam mana terima je lah. dah 6 tahun dan maa sentiasa dihati. Auchhh gituuuu :* .

ingat je lah,  Allah dah tetapkan apa yang buruk dan baik untuk hambanya. Qada' dan Qard .  so telan selagi boleh. hadam selagi mampu.

korang menangis ke ? weih ni bukan sinetron tau, HAHA. hekeleh tak payah feefeeling sangat lahh , tak sedih mana pun. nyampah ngat aih. aku rilek je, hati tuu kena sado yang penting HAHAHA. jari ni macam nak tulis lagi dan lagi tapi cukup lah, karang lagi panjang, lagi sedih lak kan, boleh buat drama ber-episod terus ngahahaha lagi pun kalau berjela sangat orang bosan lak. k the end.


anak yang tak kenang jasa seorang ibu,
Jajalasangat ^^




No comments:

Harry Styles - One Direction Harry Styles - One Direction Harry Styles - One Direction