I'm only one call away

Hi y'all !
Assalamualaikum !
tajuk takde kena mengena dengan post kalini pun, sebab masa taip tengah dengar lagu tu so saja ah bagi . ngah ngah

so, macam mana aku mula pakai tudung bidang 60?

okay first of all, korang tak payah ah sempitkan pandangan korang pasal perempuan yang pakai tudung labuh ni. kau pakai tudung labuh kau maksum , tak buat dosa, kau sempurnakan hariku *puihh lah . hello gais ! diorang bukan malaikat yang tak de nafsu. . Diorang pun manusia biasa macam korang . nak makan nak minum nak tidur nak berpasang-pasangan. alahai korang ni. kalau dah nama kita manusia that means, we make a mistake then we'll fix it and benda tu berulang till the end *giteww kateko . ok stop !

Back to our main point, so macam mana aku boleh tetiba nak bertudung labuh ?

cerita dia cenggini k . dari sekolah tadika sampai masuk sekolah rendah sampai lah masuk sekolah menengah, aku tak pernah terfikir pun nak pakai tudung labuh ke pakai handsocks ke apa apa je lah kan , masa zaman sekolah dulu kalau tengok kawan-kawan pakai tudung labuh , tak rasa apa apa pun. means rasa apa apa tu , macam kau ada rasa nak berubah, nak try pakai tudung labuh. haaa centu ah. tapi serius aku tak terlintas langsung. hmm ingat lagi masa lepas habis upsr parents aku nak hantar aku masuk sekolah menengah agama, masuk weih masuk tapi seminggu je . aku pulun menangis seminggu tak makan , acah protes . bodoh

lepas keluar sekolah menengah agama tu aku masuk sekolah menengah biasa , hmmmm seminggu pertama je aku pakai tudung labuh sebab , well baru keluar dari sekolah agama kot , kasi tunjuk sikittttttttt , masa tu macam nak menunjuk la aku pakai tudung labuh doh, padahal lepas tu terus pergi kedai beli tudung sekolah yang biasa. apadoh aku masa tu , macam mem-bangangkan diri sendiri . sumpah jahil namati. masa sekolah menengah dulu perangai aku macam pelajar-pelajar biasa je . nak kata baik punn tak, nakal pun tak . alah biasa-biasa je lah, macam korang. cuma aku banyak buat benda yang tak sepatutnya . macam tak jaga ikhtilat, tak jaga hati mata , buat ikut perasaan, suka orang tu suka orang ni . tapi yang penting aku tak pernah terjebak dalam benda-benda couple kejadah semua tu . tu mmg tak ah .setakat minat dari jauh sudeyy hahaha . dulu okay dulu . kalau sekarang aku ingat balik zaman tu, aku gelak sengsorang , lepas tu rasa menyesal . sumpah menyesal rasa macam bodoh betul .

lepas spm lepas dapat result upu , aku masuk university . okay kat sini lah banyak sangat pasal aku berubah 180 darjah, seratus lapan puluh je lah, lagi separuh aku tetap aku . loudspeaker , sembang kencang, tak boleh nak kawal doh benda tu ahahahaah . dekat dalam U ni aku jumpa macam-macam yang mungkin aku takkan dapat kat luar. masa first sem aku dapat roomate yang, Alhamdullilah selalu ingat kan aku solat, selalu ajak pergi majlis ilmu . actually dalam U tu sendiri ramai yang pakai tudung labuh sebenarnya. aku perati je . tetiba aku macam cakap ddekat diri sendiri, "ish, cantiknya depa pakai tudung labuh ni" , serius dia secara tetiba weih.

aku berubah tu bukan secara drastik okay. aku amik masa setahun setengah kot nak berubah ke tudung bidang 60 tu, sebab aku tak yakin langsung nak pakai. bila ada jualan dekat dalam U , aku beli je tudung yang besar- besar tu, tapi last last aku simpan dalam almari buat pekasam sambal sebab tak yakin nak pakai, tak tahu masa bila sesuai nak pakai, takut nanti orang kata , "apahal doh kau pakai tudung labuh, ko ingat ko baik? dah macam tudung saji aku nengok hahahaha" . peh, ni lah melayu, suka fikir apa orang akan kata . bo doh

masa sem tiga kot tak salah, roomate aku kata, " alah ja, pakai je tudung tu. abaikan je apa orang nak kata. Allah tak tengok apa orang kata, tapi Allah tengok usaha kita dgn niat kita" . pada masa tu aku nekad gila, aku gosok tudung yang selama ni aku jadikan pekasam untuk pakai pergi kelas esok pagi. aku ingat lagi kelas yang aku masuk untuk pertama kali aku pakai tudung 60 tu, kelas CTU . hahaha macam terkena je kan . kelas subject agama . rasa macam timer tu cun je ahahahah . masuk masuk kelas semua macam, what the @#$%^ ! apa doh yang jadi kat jaja ! rasa macam waktu terhenti dan aku sorang yang berjalan dalam kelas tu , hahahaha okay tu sangat lah over gila namati hahahaha tipu k .

alah, kawan-kawan aku jenih tak kata apa pun, tapi aku paham dari pandangan diorang tu, alah weih biasa lah .aku pun akan buat benda yang sama. mesti kau akan pandang kawan kau yang tetiba berubah macam dia takde hidung . pelik . seram pun ada kekadang hahaha . ada yang macam nak tanya tapi aku rasa tak berani mungkin, dia ingat aku ni jenih yang makan orang kot? mungkin la kan . it's okay . as long as dia layan aku macam sebelum ni , kira bersyukur la kan ?

so Alhamdulillah, sampai sekarang aku still konsisten pakai bidang 60 , so far aku tak pernah lagi tukar pergi ke bidang perakuanan atau bidang perubatan sebab bukan bidang aku kahkahkah . tak lawak kan ? okay senyap ! benda yang tak boleh berubah perangai aku. serius tak boleh doh berubah. cakap dengan kawan sebelah pun macam pakai mic, lawak hambar tak boleh langsung nak kurang,suka membahan, aduh perangai huhahuha tu kekal sebati betul dalam diri, cuma satu je sekarang lebih ayu . eh ? hahahhahhahhhhah sumpah tu lawak gila ! sebab ayu tu bukan aku, aku Jajajajajajajajaaja , k lawak hambar lagi :P

kau tahu apa rasa bila pakai tudung lelabuh ni ? bagi aku, aku rasa selamat, lelaki tak ganggu, sebab diorang akan fikir dua tiga empat puluh kali nak kacau kita, rasa terjaga gila , serius talk . kau tak akan rasa terdedah sebab tudung tu sendiri dah cover segala benda yang kau sepatutnya sorokan dari lelaki ajnabi (lelaki yang boleh kau kahwini) . lepas tu bila kau pakai tudung bidang besar ni , dia macam bagi alert tau kat aku supaya tak buat benda bodoh cth kau jaga lah sikit pandangan, depan lelaki kau takyah ah huhahuha lebih, jaga ikhtilat sebab kau rasa nanti ada ramai orang akan pandang kau, dia macam bagi peringatan . kadang-kadang tu terrrrrrrbuat jugak . well kita manusia. kita apa anak-anak ? yeahhhh kita manusia . pandai .

akhir dan tak panjang ,
terima kasih roomate yang bertahan dengan aku dari sem satu sampai sem enam sebilik tak pernah jemu, kawan kawan se-geng yang layan kan je lawak hambar aku, yang terima dengan hati terbuka segala caci maki aku terhadap korang , dan yang penting selalu support aku dari belakang walaupun aku ni berat hahahaha. cenni ah baru kawan ( double tumbs up sikit )  . ehe
terima kasih terima kasih. doakan benda ni kekal sampai habis waktu dan kita pimpin tangan masuk syurga sesama .
muah cikid :*



yang banyak buat dosa dan selalu terlupa bertaubat,
Jajalasangat :*



No comments:

Harry Styles - One Direction Harry Styles - One Direction Harry Styles - One Direction