Officially Alumni Uitm Perlis 2015

Sebenarnya aku still tak boleh move on lagi lepas tinggal kan Arau, tiga tahun kat sana banyak sangat pengalaman, kenangan, kawan kawan yang terpaksa aku tinggalkan . *giteww haha

nak cerita satu satu benda selama tiga tahun memang boleh buat novel, semua aku rasa nak cerita. nak bagi tahu Arau tempat yang paling best aku pernah pergi dalam hidup aku. specific lagi. Uitm Arau Perlis.

tak tahu lah sebab apa yang boleh jadi best, nak kata ada wayang ? haram, mmg takde . kalau nak korang gi lah Jitra. nak ada shopping complex ? takde . korang pergi jelah C-mart kat Arau sana.
yang best nya Arau ni, kau jauh dari masalah dunia *aiceh . tenang je. kurang berseronok, kurang membazir (okay hakak tipu je dik, sbb kiteorng suka naww berjalan), dekat Perlis banyak tempat yang best. ada tempat yang guna duit, ada yang tak. yang banyak makan duit sebab sewa kereta, minyak, makan . tu je, yang lain korang pandai cari tempat dapat lah murah. tak payah cari tempat tidur, korang tidur je lah dalam kereta . apa payah haha

tiga tahun kat sana , paling jauh aku pernah jejak Padang Besar dengan Penang. jauh ke ? kahkah entah aku rasa jauh je sebab keluar Perlis . kuikui . tak rugi lah korang pergi sana. siapa yang suka shopping pinggan mangkuk, kot lah mak mak korang mintak beli kan ke apa kan, diorang ni suka turun Langkawi, sebab dari Uitm nak ke Jeti Kuala Perlis tu dekat je dalam 20-30 minit ? kot. lagi satu kalau dah pergi Langkawi tak sah lah kan tak beli ceklat. Peh. serius murah . tak tipu . korang pergi lah. tambang berapa je pun , naik lah Ummul (van sewa dalam Uitm Arau) pergi jeti , murah pun murah . *Peh aku macam promote ummul je en, bayar lebih please*

kalau nak cerita makanan apa yang best dekat Arau ni , hmppp aku tak lah berapa pakar sangat. tapi ada lah tempat yang best yang sedap yang korang kena cuba.

okay rasa macam nak suggest korang kat beberapa tempat ah :

1. Tanjung Keli
aku pernah jejak makan kat situ sekali je pun, bukan apa kekangan transport .kalau ada kereta ke moto sendiri lama dah aku jejak .
kat situ ada ikan keli , ehe . semua jenis lauk diorang masak semua berasas-kan ikan keli. tak kira lah masa singgang ke, masak lemak ke , goreng ke , bakar ke , semua keli. ada lah lauk jenih len, tapi almost lauk kat situ is keli.
harga tak mahal tak murah , sedang je . cukup lah bajet seorang pelajar. ehe

2. Mamak Yasmeen
hahaha. antara kedai mamak yang popular bagi dak-dak Uitm,Poli,Unimap dengan Matrik. sebab apa popular ? kahkah. sebab tu je kedai mamak yang ada kat Arau tu , huhu sadis .
dia bukan lah kedai mamak yang macam kat KL ni, kedai mamak kat KL 24 jam . kat Arau pukul 10 je dah sunyi sepi . faham faham je lah weih .
tapi apa yang best kat situ, aku suka nasi ayam madu diorang. masa cuti study week ritu ,kerap jugak lah makan nasi yasmeen ni . sampai muka memasing dah macam mamak kedai tu . HAHAH and macam biasa , milo ais kedai mamak memang power . Peh.

3. Capati Arau
kedai capati ni korang kena pekena. serius-ly kena rasa. haaa adik adik yang baru tu korang kena teray sekali.
pernah ajak ayah makan kedai ni, peh memula belagak ayah aku order sekeping je , bila dah habis sepinggan, hamik kau order lagi
ni kedai orang melayu, harga dia murah sangat. dan sedap gila ! tak tipu. lokasi dia dekat C-mart Arau, menghala ke tapak pasar malam.

4.  ABC depan matrik
eheh, kalau dah nama duduk Uitm korang rugi lah tak jejak kedai depan matrik tuu. aku tak tahu nama kedai. aku tahu ABC dia terbaik ! yang aku ingat lapik meja dia warna hijau kuning . kot. ehehe sedap ,murah !
korang kena cuba. aku nak makan abc ni sanggup jalan kaki sorang sorang dari dahlia ke gate B semata nak puaskan nafsu makan yang serakah ni . kahkah

5. Ibnu Sara
kedai ni dulu kat sebelah capati Arau je, tp dah pindah ke Kangar, aku pun tak tahu kat mana. apa yang special dekat kedai ni , hmppp tomyam dia. Peh.
masa sem lima dulu , boleh kata tiap tiap minggu jugak lah jalan kaki dengan Madi dari dahlia ke C-mart sana , peh tak caya kan ? so sekarang percaya lah.

NAIK TEKSI (RM 10) = <10 minit perjalanan
JALAN KAKI (RM 0) = +- 60 minit perjalnan + dapat menikmati keindahan alam + dapat tengok angsa + exercise + penat hahahaha

so we all pilih untuk jalan kaki, sobss.  kerana kehidupan di Universiti mendesak kami menggunakan duit yang sangat banyak , hahahahaahahah

okay, so tomyam dia sedap dan murah *haha aku ni sembang semua cakap sedap ahahahah*

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. sebenarnya ada lagi nak suggest kat korang tapi nnt title post kena tukar lah kan hahah , tak pe . nanti aku buat satu post khas untuk makanan apa yang sedap kat Arau je k ?

perasaan dah jadi alumni ni, hmpp rasa bongkak ! kahkahkah okay hakak gurau ,

well, biasa lah perasaan . takde apa yang luar biasa pun . cuma aku rindu semua benda dekat Arau. bila balik kejap Uitm haritu. rasa nak peluk je Uitm , alahai nasib besar sangat . huihui
rindu suasana Arau, rindu orang orang Arau, lecture, kawan kawan , pokok, bangunan, , cafe, bilik kuliah, pusat islam, kolej , haih boleh kata semua benda lah aku rindu. sampai bila bila memang aku tak kan lupa Arau ni .

percaya lah, siapa yang study dekat Arau. terutamanya Uitm dihatiku, korang memang rasa berat gila nak tinggal kan. bukan aku je sembang, senior senior dulu pun cakap benda yang sama. so korang buat lah banyak banyak banyak banyakkkk kenangan dekat Uitm tu. serius korang rasa Uitm Dihatiku <3


so nahh,  I'm Officially Alumni Uitm Perlis
Insya Allah akan bergraduasi pada bulan November 2015 di Uitm Perlis .





yang sentiasa merindui Uitm,
Jaja yang cantik lagi comel , ahaks !


Adios.





No comments:

Harry Styles - One Direction Harry Styles - One Direction Harry Styles - One Direction